Wednesday, February 22, 2012

3 hari di KL selepas seminggu menjawab exam

Macam tak percaya saje dah habis end of block 2 exam. Lepas habis menjawab kertas subjek prosthetic masing-masing laju-laju keluar exam hall  dengan muka macam baru dapat duit dari jpa, laju-laju pack baju, masuk kereta tido sedar sedar je dah sampai KL :D

Pukul 9.40 pagi berada dalam exam hall UIA kuantan, pukul 3 petang hari yang sama sudah berada di times square kl jalan-jalan cari artis handsome hahahah. 




Sampai-sampai KL terus cari hotel paling murah. Gamble habis. Ada kawan suggest hotel ancasa express. Murah dan berbaloi, rm120 satu malam TERMASUK air-cond, hot shower, towel, tv, comfort bed, complete lah senang cerita. Yang paling best, bangun-bangun je dari tido kl tower dan klcc terus mengucapkan selamat pagi kepada kita yang masih mamai iteww hahah macam syorga dunia. Tune hotel ado? hahaha gelak puas hati =P


Lepas check-in hotel terus laju-laju turun cari stesen lrt berdekatan. Tak menyempatttt. Tak sampai 10 minit lepas transit tren semua terus terpacak depan kl times squares hewhew bangga sekejap sebab sanggup korbankan masa tido selepas exam semata-mata nak bertentang mata dengan TS. Tak sah kalau pergi TS tapi tak singgah Low Yat. Maka haruslah ke sana juga dan mengusha-usha gadget terkini walaopun diri ini noob IT T T. Hari itu sempat jugak menjejakkan kaki ke syarikat kamal untuk membeli buku-buku pelajaran menggunakan voucher buku 1 malaysia tapi kedai tu punyelah jauh dengan stesen monorail berdekatan. Tak puas hati #_# dah lah tak dapat jumpa pakcik kamal tuan punya syarikat -_-

Pada hari kedua, pagi-pagi sejuk dengan hujan renyai-renyai dah gerak ke masjid india dan jalan tar. Ye, kalau sopink memang semangat habis biar ade blister di kaki akan tetap ku seret juga demi baju kasut beg murah. Tengahari sambung sopink lagi dekat TS lagi! Hahaha. Dress yang dijual di situ purata rm25 mana tak goyah iman niiii haihhhh beli lagi.



Hari ketiga, kita ke IKEA! Ikea ni dah macam playground kitorang kau tahu.


\
Makan MAKAN! Tak makan nanti mati -_-



Mulalah tu berangan-berangan nak decorate rumah sendiri dengan perabot dan barangan dari IKEA. Kawen dengan pembesar 4 lipatan baru dapat kot TT.




1# 2 keping voucher buku untuk 3 novel yahooww! 
2# stand lamp beli dari ikea, pasni makan megi je hali2 :/ 
3# pokok ivy rm2 juga dari ikea, saje beli untuk melihat kebolehan diri sendiri menjaga tumbuhan dengan baik atau tidak, mane tahu pasni boleh tukar profesion jadi pekebun
4# bedtime story malam-malam.



Hari keempat sudah kembali ke kuantan sob sob ;(. Oh TS, bilakah kita boleh bertemu lagi? Mungkinkah hanya dalam mimpi selepas ini?


p/s: sebahagian besar gambar-gambar diambil dari kamera pink comel dede. wiiwiiit





3 comments:

Hanih Borhan said...

Amboih!

Farah Azmi said...

hoii hoii aku gi ikea gak ahad tuh!!!

FarahAH said...

anep, jeles letteww =P

farah, naseb baek tak terserempak dgn kau an an an =P