Soalan 1: Adakah anda mempunyai haiwan peliharaan?
ada. 2 ekor, satu nama Oyen satu nama Token. Dan mak akan adopt satu lagi kucing gebu. Kami nak namakan dia Toot Toot. No kidding
Soalan 2: Namakan 3 benda berdekatan anda:
bantal 1, bantal 2, selimut. hihi
Soalan 3: Bagaimana keadaan cuaca sekarang?
malaz haku nak jenguk kepala keluar tingkap tengok ada bintang ke bulan ke awan ke. nak tahu kenape aku malas? rujuk soalan no. 2
Soalan 4: Adakah anda memandu? Jika ya, pernahkah anda terlibat dengan kemalangan?
I drink and drive. hahaha gilo. Alhamdulillah setakat ini tiada siapa yang tercedera ;p
Soalan 5: Pukul berapa anda bangun pagi ini?
8.30am.
Soalan 6: Bila kali terakhir anda mandi?
Pukul 8 malam tadi. mandi kebau. kahkahkah
Soalan 7: Apakah filem terakhir yang anda tonton?
How to train your dragon. tengok untuk kali kedua.
Soalan 8: Apakah mesej sms terakhir yang anda terima?
RM2 dan RM0.50 caj urusan telah dicaj ke akaun anda untuk perkhidmatan SOS Top Up. Hahahaha siot
Soalan 9: Apakah ringtone yang anda gunakan sekarang?
Disebabkan fon aku ni ala-ala 3310, so korang bayangkan jela bunyik die camner eh. hihi
Soalan 10: Adakah anda pernah ke negara lain?
Pernah. dekat-dekat je pon.
Soalan 11: Adakah anda suka makan sushi?
HEHE iyer:D
Soalan 12: Di manakah anda membeli barang keperluan harian?
Banyak kedai. Asal aku rase nak beli and duit cukup masa tu, aku beli. Kalau tak, tunggu balik rumah baru kecek kat mak ye. selamat duet aku ;D
Soalan 13: Adakah anda pernah mengambil sebarang pil ubatan untuk membantu anda tidur?
Takde.
Soalan 14: Anda mempunyai berapa orang adik beradik?
4 homo sapiens + 2 felis catus = 6
Soalan 15: Adakah anda mempunyai komputer atau laptop?
Laptop zaman tok kadok. Berat giler nak mampos. Kalau aku bawak laptop ni rase mcm orang mengandong 9 bulan dah jalan tercungap-cungap. Basikal ayah aku pon lagi ringan. Angkat pakai 2 jari je. Heh
Soalan 16: Berapakah umur anda pada hari jadi yang akan datang?
23. T__________T
Soalan 17: Adakah anda memakai cermin mata atau kanta lekap?
Dua-dua tak.
Soalan 18: Adakah anda mewarna rambut?
Sekarang tidak.
Soalan 19: Apakah perancangan anda untuk hari ini?
Memandangkan aku ni seorang yang pemalas dan tidak terurus, maka aku hanya mengikuti arus. Bende pon spontan je aku buat. Tu pasal kalau exam aku stress. Aku taktau nak prepare cmne. Hish. Kusut!
Soalan 20: Bila kali terakhir anda menangis?
Minggu lepas. Mase exam. Nangis kat mak sebab exam susah hell. Pastu mak cakap tutup buku g tido. Pastu mesti ok balik dah.
Soalan 21: Apakah pizza topping kegemaran anda?
mesti ade nenas, bawang, lada benggala, tuna, pepperoni, eh semualah nak boleh? haha
Soalan 22: Yang mana satu pilihan anda, mcD atau kfc ?
Kalau diberi pilihan, aku nak fast food restaurant yang jual onion ring. Kau taktau ke yang aku ni giler bawang? Jadi, aku nak a&w atau burger king.
Soalan 23: Apakah warna mata anda? They are blue!! Hoho i wish. Entah, nampak macam hitam pon ada, cekelat pon ada, merah pon ada. Eh